Saturday, December 4, 2010

Malaysia. Negaraku

I love Malaysia for the peace.
I love Malaysia for the food.
I love Malaysia for the people.
I love Malaysia for the culture.
I love Malaysia for the races.
I love Malaysia for the languages.
I love Malaysia for the beaches.
I love Malaysia for the forest.
I love Malaysia for the 'garisan Khatulistiwa'.
I love Malaysia for all the positive thing a country should have.

and I hate Malaysia for the pollution, massive traffic jam and POLITICS.

humph, I have express my feeling. Thanks :)
*and still - dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung dan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. lebih baik negeri sendiri. Proud to be Malaysian

Sunday, November 28, 2010

The-Eighteen-Tagged-Questions.

Seriously, aku agak tiada mood ketika menaip ini kerana aku sangat rasa bermasalah sekarang. Urghhh. I hate this feeling and i don't know how to endure with it. Urghhh (again).
Okay, anyway. I still can answer it although I know its kinda boring-thing to read what I type. hehh and sigh.

1.)  Apa benda paling penting dalam hidup korang..
     The-Unknown-Thing.

2.) Benda terakhir yang aku beli guna duit aku?
     Selendang dan KFC snack plate.
   
3.) Di mana tempat korang langsungkan perkahwinan korang?
     Rumah dan masjid  
 
4.) Adakah korang tengah bercinta sekarang?
     Mungkin. *I hate my boyfriend (if he really is)

5.) Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
     As long as he care for me. He loves me and idk. (I really not into this kind of question. I am in a bad mood of love to lover now)

6.) Di mana kamu selalu jumpa kekasih korang..
     BLA BLA BLAAA. urghhh

7.)Novel/buku/majalah terakhir saya beli?
     Can You Keep A Secret.
 
8.)Apakah nama penuh korang?
     Nur Sabariah ?

9.) antara mak n ayah mana lebih rapat?
     Both. (Maybe dad, maybe mum)

10.)Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa lam idup korang.
     Orang baik dan lelaki yang bakal jadi suami.

11.)Adakah korang basuh baju korang sendiri.
     Yesss.

12.)Tempat yang betul2 korang nak pergi?
     Tempat ramai umat Islam ada. Tempat yang membolehkan aku menginsafi diri dengan sebenar cara.

13.) pilih salah satu..peluk atau ciuman..
     Whatever. Idc, duhhh ;/

14.)bagi tahu 3 benda orang yang bagi kamu tag?
     Dayana. Vampire. Tenuksedut :D (Thanks for tagging me, Gilbert :DD )

15.) 5 benda paling disayangi dalam hidup anda
     Family. Friends (Chums). Love. Faith. All

16.) lagu yang paling kamu suka dengar..
     Face down? (Red Jumpsuit Apparatus)

17.) bila tarikh lahir korang dan mana tempat selalu kamu sambut?
     26 March. Malaysia.

18.) list 5 orang yang kena tag...
      People. Still searching ....

*bosan much right when reading? 
Macam bermasalah je aku nih. Huhhhh

Wednesday, November 24, 2010

pemakaian SHAWL yang menjadi-jadi


Humph. 
Bila agaknya saya akan memakai shawl secara berhemah? dan secara konsisten dan bersatu padu. ishishish. banyak shawl yang telah di beli. dan banyak juga yang diberikan kepada orang lain. oh. mengapakah jadi begitu?

baru baru ini telah membeli shawl secara terburu buru. dan memakai nya secara melulu di dalam bilik Hanis Athirah Rusli. humph. atas desakan Nor Shahirah, saya telah membeli shawl dan inner itu di Giant. ada kelip kelip bulat bulat di sekeliling nya. agak cantik dan mengancam juga. tidak dapat diambik gambarnya kerana saya ini telah menjual nya kepada Nor Shahirah. hihihi. inner nye di jual pada Hanis Athirah (oh. perasan tak nama kami semua ada -ah di bahagian belakang). 

nak di jadikan cerita. shawl tersebut turut dipakai oleh Nur Izzah Adibah (more -ah) dan juga Akmal Amaliah (still end of -ah). hehh. *akmal tak pakai rasenye. humph. lupa nak paksa.


Ok ye murid murid. gambar di atas diambil pada tahun 2008. ketika itu shawl shawl yang cantik cantik masih belum wujud lagi. dan saya memakai nye dengan selekeh sebab itu negeri orang. pakai selekeh macam mane pun, possibility untuk orang itu jumpa saya balik adalah 0.09 peratus sahaja. jadi, saya boleh pakai macam mane pun saye nak pakai. *ikut aku la dalam bahasa aku nya.


dan oh ye lagi. ini adalah gambar yang diambil ketika 2009. cehh, statement macam pakai shawl sekali setahun. hehh.

2010? nantikan je la kalau adee.
my boyfriend cakap saye tidak sesuai memakai shawls. my friends say me looks good/okay in it. what say you?

note-to-self : perasan tak gambar macam diriku ini semakin kurus? yeah
dan perempuan sangat cantik bila memakai tudung dan selendang. proud to say that i wore jilbad/tudung labuh too. hihi :) tudung saji je yang aku tak cube lagi. tudung periuk dah pernah.

KECINTAAN


owh. kecintaan bagi mereka yang bercinta.
guess what? i finally got this. from my dad. owh dad. i love you you youu :)

MUAR. di mana boyfriend ku?

ngehngeh.
title blog nak macam Kuala Lumpur di mana suamiku?
novel karya H.M Tuah Iskandar yang biasa kalau nampak dia tu selalu pakai kot kaler kuning, hijau, purple. humph, macam pening sikit la. Pernah bace novel H.M Tuah Iskandar ini dan menyesal. sebab i am not really into his penulisan. urgh. sorry encik H.M yepp.

bukan cari sangat pun. bosan ni taktau nak buat ap. 


i miss the time we chat. hihihi.
ok. babae :)

Tuesday, November 23, 2010

NOVEL. BELANJA ME PLEASEE?


Nak bace novel. sape nak belanja me novel. oh?
Padah pergi ke Pustaka Seri Intan II di hadapan bank di bandar Kuala Terengganu semalam. Cuba memujuk ibu untuk belanja beli, tapi ibu berkata guna duit sendiri. ishish. Padah menjadi seorang yang kedekut jadi tidak beli. Tunggu orang belanje atau lebih manis dipanggil, tunggu orang bagi hadiah untuk birthday tahun tahun lepas.




These two are seriously damn best. *Dua itu adalah betul betul sedap.
I bought 3 of Cecelia Ahern novels and never disappoint me :) 

Ok, so now. Belanja me pleaseee?
Perasan tak gambar kasi besar sebab nak suruh orang yang rase nak belanja tak salah beli novel. he he he :))

He is the what-so-called. Boyfriend !

Such a long time since I last wrote type for this blog. 
He he. Malas much in me, right ?

Ok. today i want to talk much about my love one. 
The one that make me stay with him for about a year and several month (that i hardly remember and barely count) Hi hi hi.

He is the one that always make me cry. at night. day or like forever?
He is the one that always had me. day. night. noon or maybe forever?
He is the one that always make me laugh with those antics.
He is the one that always be my best buddy. ever.
He is the one who always be my best enemy. either.
He is the one that always mad with me. (for recent things that make he goes like crazy :P )
He is the one that always didn't pick up the phone for two days because mad with me. and make me cry for three days because of him. and make me make up my mind to think about breaking up. (always. girls emotion) huahuahua :DD
He is the one that always criticize me whenever I look stupid. even though I know I am not.
He is the one that always did not eat the cake. (you remember the birthday cake?) cisss


Looks delicious, right? He don't even taste it even a little.
And I eat it like a whole. with tears and hurt. owh. I cry I cry I cry


And he is always the one that always be my best boyfriend (in present :P ) woh. such a statement there !

and in short I LOVE YOU.

JDU nampak macam D tak D nye eh?

He he. gambar macam blur sebab crop dan besarkan dan kami tak banyak ambik gambar bersama.
*ayat agak skema dan kami nampak berkabung dengan wajah gembira -.-*

Wednesday, November 17, 2010

LAMA TAK UPDATE. MULA CINTA YANG LAIN

OH my !

lame gile tak update blogpendek. rindu wooohhh !
bukan ape, duk sibuk ngan exam, study sume, jadi sangat sangat tak sempat nak update *cakap je la ko takder broadband and wireless maktab disekat sekat dan ko punye laptop macam bengong. kan jujur di hari rayee ini. humphh? *ok. admit*


humph, mula cinta yang lain. mula cinta menonton movieee dan memakan dan meminum dan memain main.
seriously thanks to Mr Faizal yang sudi ambik laptop saye untuk dibaiki dan bagi saye gune laptop ini untuk memudahkan urusan penulisan blog saye agar saye tidak terlalu merindui awak :') and also not to mention, memudahkan urusan menonton movie selama 6jam berturut turut di pagi raye -.-*

berikut merupakan picture latest ketika berserunak dengan anak beranak.

rockerss \m/ *mula cinta berdrum ?
*name glamer ntuk benderam (kuih yang bulat bulat hitam orang makan kat tepi dye je tuu)
Band - The other members
Adik adik yang cuba kembali ke pangkal jalan :')
Drummer yang merupakan penyokong setia Panda RC
Dan akhirnyee 

Berjaye kembali ke pangkal jalan. *Aku tak la pendek punn 

ok, so long. farewell.
solomot horo royo * o moch ovorobodo?
**ops, seriously never thought that it would be bodo. should change it to i -.-* am sorryy peeps

Friday, October 29, 2010

26 - nombor keramat bencana alam



Sedang duk belek belek Berita Harian hari ini, tarikh 29 Oktober 2010, saya sangat tertarik dengan satu fakta nih.

26 nombor keramat bencana alam

26 Ogos 1883       : Krakatau meletus (36,000 maut)
26 Julai 1976        : Gempa di China (255,000 maut)
26 Januari 1951    : Gempa di Portugal (30,000 maut)
26 Disember 1932 : Gempa di Gansu, China (70,000 maut)
26 Disember 1939 : Gempa di Turki (41,000 maut)
26 Disember 1996 : Badai di Sabah (1,000 maut)
26 Disember 2003 : Gempa di Bam, Iran (60,000 maut)
26 Disember 2004 : Gempa dan Tsunami di Acheh (250,000 maut)
26 Mei 2006         : Gempa di Tasikmalaya (20 maut)
26 Oktober 2010  : Gempa dan Tsunami Mentawai (Beratus-ratus maut, hilang)


Kebetulan pulak 26 Mac 1990, tarikh keramat untuk saya. Dilahirkan di bumi Allah ini :')

Semoga semua umat Islam dicucuri rahmat-Nya yang Esa

Bagaikan exam dan spot :')


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 
First time bagi salam secara proper di dalam penulisan blog. ngehh. Sebelum ni duk sibuk Hai, Hello, Sawadikap (ok, sawadikap takde pun sebenarnye) macam lah dia tu duk negara orang yang cakap Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Haaa. mati kau aku kutuk. cisss.

Entry ini diwujudkan kerana nampak nya saya sangat lah free untuk menulis menaip pada masa ini. Sebenarnya nak taip surat untuk keluar hostel. Semester depan da nak duduk rumah sewa. Kena booking awal awal takut nanti rumah sewa akan tiada. Dimana kan ku tinggal? Merempat di pondok pak guard lah kau. Haaa. *Selalu terpesong dari tajuk asal. Okay, okay, straight to the point. 

Humph, sekarang ni duk sibuk pasal exam. Duhh, nak habis semester je mula la duk pikir pasal nak exam. Mula la bukak buku. Habis sume buku pun bukak. Habis sume kertas pun fotostat. Habis warna highlighter beli. Kotak pensel tetiba je penuh dalam masa yang singkat. Mula perasan macam sorang best student bile nota nota mula bertanda dan berwarna. Dan pada waktu inilah mula contact lecterur dan rakan rakan dari institut lain. Masa nilah mula ingat kawan lama yang amik course sama. Masa inilah mula menerima pelbagai jenis spot toto

Dan aku sebagai insan biasa yang penuh dengan cacat cela, pernah geram sangat sebab mase SPM dulu orang duk sibuk bagi spot, aku geram aku buat spot sendiri dan bagitau kawan kawan ada spot baru. Haaaa, amik kau buat pening aku lagi nak bace yang mane. tapi, syukur Alhamdulillah, hal aku mereka spot itu tidak dipercayai kerana aku memberitahu mereka awal awal bahawa aku hanya menipu. kehkeh. nasib baik tak kena ketuk. 

Humph, time exam pulak selalu rase cuak bile duduk dalam dewan, tapi, kawan yang lain kelas atau unit yang duk kat sebelah. Macam stress sebab kalau takleh jawab, tak berpeluang la nak tanye tanye sikit. Bukan nak meniru. tapi, nak kan kepastian. Pastu, satu lagi jenis kecuakan apabila ade pengawas peperiksaan yang main lalu lalu kat tepi, pastu berenti. Mula la buat buat padam jawapan. Pastu pura pura tengok soalan lain. Taktau kenapa rase tak suka la ditonton begitu. Terasa seperti dipersenda. Cehhh, konon.

Nie spesies yang pura pura tidur, padahal nak meniru.

Bestnye kalau exam gini. Boleh meniru dengan senang :')

Dan sebagai seorang gadis pelajar sekolah, saye pernah berpeluang meniru ataupun lebih dikenali sebagai cheating in exam. Astaghfirullah. Teruk perangai nye mase ni. Kejadian ini berlaku pada form 4. Pernah bawak handset masuk kelas, dan tanye soalan objektif kat kawan melalui handset. Kawan tu kelas sebelah. Macam mengancam kan? Pastu lagi, pernah buat macam gambar di bawah 

Sekarang tidak lagi :') Tak baik buat macam ni.
Saya buat sekadar mencuba dan menimba pengalaman untuk diceritakan kepada anak cucu.
*cakap macam korang yang baca ni anak cucu aku pulak. aku bukan mak dan nenek kau lah ! 
Ok, sekadar mahu ingin bercerita mengenai exam, spot dan tiru meniru.
Alangkah baik nye kalau saye mendapat spot dan dapat diceritakan di sini. Unfortunately, idk. Humph, tapi, korang perasan tak time last last exam tu kite sume macam bijak je. Bile da abis exam, macam sume ilmu tak masuk kepala. Anda mungkin tidak, tapi, saye mungkin ya. Ish ish ish. Tak baik seorang sabariah. Berilmu dan beramal sepatutnya.

*Pernah tak rase nak marah bile tengok signboard cakap "JANGAN BISING, PEPERIKSAAN SEDANG BERJALAN". Saye selalu nak marah sebab tak nampak pun peperiksaan tu berjalan jalan. Cakap la peperiksaan sedang dijalankan. Baru rase macam guna tatabahasa yang betul je.

Sekadar mencuri dari dalam Google Image woh :')
Juga mencuri. Cisss, tadi buat pengakuan meniru, ni mencuri pulak.
Gila punye orang jujur :P


Monday, October 25, 2010

Si kecik yang panjang dan kurus.

Kali ini entry saye memaparkan mengenai kehidupan seorang budak kecik.
Budak kecik je, tapi tinggi. Macam ayah dia. Tak macam mak dia. Mak dia pendek jee. *lagi pendek dari saye. Saye merupakan antara yang tertinggi di dalam keluarga :) dan saye bangga.
Itulah yang dikatakan oleh saye tadi. *ilman tinggi macam mak dia dah. 
Ini time baru baru lahir. Adela dalam sebulan dua.
*
Tengok. kecik kecik da pandae maen aucak
Mase kecik kecik dulu tembam kemain. 


Kemudian memasuki fasa kedua
Sudah bijak merangkak ! yeay.

Menjejaki pula ke fasa ketiga.
Dah pandai jalan dan berlari ni.
Dah pandai cakap dan macam macam lagi. Mula berpakaian ala ala ustaz

Dan lagi dan lagii ;D


Berborak macam orang besar besar.
*Kes nak bodek supaya dapat bubur. klu tak dapat mula ugut nak nangis
.

Dan ini adalah si kecik yang panjang dan kurus dan berat.

Sangat gembira mendapat duit raye dari atuk.
*Mula menunjukkan ciri ciri akan menjadi seorang yang sangat sukakan wangg

Ok. So long. Much love. xx





Sunday, October 24, 2010

Just having a supper.


urgh. ceritanya begini ataupun begini ceritanya.
Saya telah ditugaskan untuk membuat folder English Language Proficiency II oleh pensyarah saye iaitu Madam Zainab. *wah. time gini pandae pulak cakap bahasa rasmi negara. ciss.

Okay, teruskan. Oleh sebab saye terlalu sibuk memfolderkan folder saye itu, saye hampir hampir terlupa bahawa saye telah membekalkan diri saye dengan nasi yang dimasak oleh ibu dari rumah. Salah satu daripada bekal itu saye telah berikan kepada orang lain. yang tak lain tak bukan merupakan seorang pemain games yang berjaya. Oleh sebab dia terlalu sibuk dan penat bermain games, banyak tenaga yang telah dicurahkan oleh beliau untuk memerah otak dalam memikirkan strategi bagi menghancurkan kampung kampung orang lain dan juga mempertahankan kampung puak nye.

Setelah penat membuat folder yang agak cantik itu, saya terus mengemas kawasan tempat tidur saya. Bukan bertujuan untuk tidur, namun, saye suka sangat melakukan aktiviti aktiviti kerja rumah, revision dan sebagainya di tempat tidur. Bukan ape, senang kalau da mengantuk. letak buku kat tepi katil dan anda terus sampai ke alam mimpi. wahh, bahagiaaaa :D

Nampaknye saye telah tersasar jauh dengan info sebenar saye. Sebenarnya, saye nak cakap pasal saye makan nasik tengah malam je. tak pernah pernah aku buat tibe tibe aku bley buat gini. Jadi ny, kire macam bley masuk book of records jugak la. 

Tetibe dapat kan? Terharuu :')

Hurm, fyi, tadi saye makan lauk yang best. tapi memikirkan bahawa sudah lewat malam, saye tak mampu menghabiskannya. Lantas, lebihan nasi itu ku penyek penyek dan kuberikan kepada kucing miaw miaw yang ada berkeliaran dikawasan ini.

Makanan tengah malam 

Same je ngan makanan tengah hari -.-*


Oleh itu, saye sangat sangat menyarankan agar jangan lah ramai budak yang ikut perangai saye ni. Perangai ini agak tidak sopan. Bukan ape, makan nasik tengah malam tak brape elok. buat ape makan tengah tengah malam, makan la tengah tengah siang, tengah tengah jalan ke. Haaaa. baru okay. 

Sengaja menceceh di sini sementara menunggu nasi sampai ke perut untuk penghadaman yang baik :)
*Juga, jangan minum air selepas makan kerana dikhuatiri akan meyebabkan kebuncitan. Saye selalu membuat eksperimen ini iaitu minum selepas makan dan tidak buncit sangat hasilnya saya ini saya rase. Anda pula bagaimana?


Lots of eat :DD



Saturday, October 23, 2010

A letter for a boyfriend.



Saba Ahmad,
baisanicegirl@gmail.com

23rd October  2010

Dear boyfriend,
         I know that its been a while since I last heard from you. I hope you are doing great with your new love. I know that you are so busy lately and I understand it. I am doing fine here. 

          I am typing this letter just to remind you that you are so handsome. I think, that is why, she really wants you. She is really really into you. I am not jealous because I know that you are also into her. I don't mind if you want to spend your time with her. I don't mind if you answer me and asked me to do another things. I don't mind. I promise I don't mind. I promise I am being just cool and relax with that thing.

        But really, boyfriend. I want to ask you. Is she really beautiful? Is she really can do things that I did before? Do you really love her that you ignoring me? I am not being sad and misery for this. I am not. I am not. Do you mad if I asked you to date her instead of me. If I cannot do things that she do, I am willingly accept it if you go for her. 

         Boyfriend, I know that your love for me is real. But it seems like it fade. I cook for you. I smile for you. I laugh for you and I do anything for you. Last night I call you, you seems so happy with your life. I also happy for you. Humph, its okay then. I hope you will enjoy yourselves. Good bye for now. Convey my regards to her. What her name again? Travian? 

Love,

(Saba Ahmad)



Friday, October 22, 2010

beauty and the besties :)

BESTIES means friends who have each other's backs, look out for each other, spend lots of time together, and are just really good friends. They have inside jokes together, they go to the park and swing on swing sets, get ice cream, go to the beach, go to concerts, go bowling, and basically any activity that they like doing together as friends.


ok. there comes the means of besties :)
am I one of yours? 

ok (againn) meet my beauty, peeps !

The Hanis. classmate, kampung-mate, schoolmate, maktab-mate and becoming housemate. yeay! opss. TAKEN by we-knew-who ;D 
The Yen and the Aten. Am sorry, but both are soo TAKEN !
Meet this Miss beautiful :) wa. TAKEN.
This is the cutey Sue. SINGLE kowt :) 
Oya. Just like Yen said in her blog ; she is sooo like a mum.
*ciri keibuan yang sangat tinggi. SINGLE or TAKEN ? idk. hehhe
Actually, I want you to meet Yaar ,in green, (the full of funny things and  story. *ok, bukak je crite baru, aku terus tergolek golek gelak and vibrate tak henti henti. HAHAHA :)) And Meen (in white. You make me remember of the Itik Dishes. Sorry Meen :') Ok. Both are SINGLE. I guess ?
Aen :) TAKEN by Ultraman ! selalu gaduh ngan rasakse
Mah. the one and not-only full-of-laughing in our gangg :P SINGLE 

And also the Lisa Surihani :P
nahhh, tipu there. *giggles

And in short, in coconut shell and all in all. I do miss them soooo much.

WARGHHHHHH !!!

Shock much huhh ?


HAL HAL KEGEMUKAN :)


Gemuk. Bile kuar entry pasal gemuk ni. mesti ade yang takut kan. yelahh, ade yang cakap gemuk ni tak lawa. gemuk ni mencacatkan pandangan. eh hellooo, gemuk la best ok ! ramai kawan saye yang nak jadi gemok. tapi, gemok secara sihat la. klu tak pasal pasal nak gemuk debab tu tak senonoh la kan? hehhe

ok. so far that i know.
Kegemukan adalah dimana berat kita melebihi 20peratus daripada ideal. Dan kegemukan individu ini boleh dikategorikan kepada 3 kategori. ok, note ok. 3 kategori !

First and foreost ; GEMUK ANGIN
Gemuk angin berlaku apabila perut terasa sebu dan susah untuk mengeluarkan angin. Individu yang gemuk angin ni, biasanya selalu sakit kepala. jadi, kepada yang selalu sakit kepala tu, anda memang gemuk angin. pergi kentut cepat cepat. ok. tak senonoh
Second ; GEMUK DAGING
Gemuk daging akan membuatkan badan berasa berat dan pejal. Proses penurunan agak lambat berbanding gemuk gemuk yang jenis lain kerana lemak dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging. Oleh itu, penurunan berat secara perpeluhan adalah digalakkan. contohnya adalah dengan bersenam lah. ape lagi kan? yeay !

Third ; GEMUK AIR
Gemuk air merupakan masalah yang dialami oleh penulis sendiri. *eleh, cakap nak macam dalam majalah. mengade je bunyik. Ok, kite teruskan bacaan. Gemuk air ini berlaku apabila badan menggeleber dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan dalam badan. Badan juga terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Oleh itu, rehat dan tidur yang lebih adalah sangat diperlukan oleh manusia spesies ini :) *cakap je la kau malas sebenarnyee
enjoy this clip.  I want a Fat babeeee



Namun begitu, haruslah anda fahami, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan nya masing masing. Kurus keding ke, gemuk gedempol ke, kite tetap hamba-Nya.  

MAKANAN

sayang nak makan da hias lawa lawa ni. humm

tahukah anda bahawa makanan adalah sangat penting untuk hidup. sape yang cakap hari ni dia tak makan lagi? hurm, kalau kat negara lain mungkin ada yang belum makan. tapi, kalau kat Malaysia ni, jarang orang tak dapat makan. melainkan orang orang yang terpilih. iaitu mereka yang tidak bernasib baik. 

tapi, I believe that they are still trying their best to survive for their live. sedangkan burung pun tau buat sarang. *ape kena mengena ngan burung? actually, kalau burung pandai buat sarang, i believe that they also know how to cari makanan untuk hidup. sebab, untuk bina habitat, haruslah memiliki tenaga yang kuat ! yeah :D

ok. macam saye ni, saye dari pagi tadi lagi marathon makan. walaupun nampak macam saye makan sikit. tapi, saye makan sikit dengan kerap. mulut ni mesti nak mengunyah. lebih lebih lagi bile ade kat umah. kerja makan je la. hehhe. *even it just a ikan singgang and sambal belacan buatan sendiri. yumm yummy.

pagi tadi dah disajikan dengan nasi putih, ikan singgang, budu, ulam jantung pisang, pucuk jambu golok, ikan bakar, kacang botol dan lain lain lagi. *in short dll. (zaman kecik kecik taktau pun dll tu dan lain lain lagi, nasib baik tau sendiri tanpa tanye orang lain. hehhe. learn by tengok-ing. 

tengah hari sementara tunggu Shahirah datang amik nak bawak pergi umah Akmal, makan mee kari *spageti sebenarnya. sebab semalam tengah kat kedae makan duk tanye mak, 
"mak, sempena orang tak balik selama dua minggu ni, tak de ke nak masak best best untuk orang?"
cehh, mengade kan? pastu, pagi tadi, tup tup, mak masak mee kari. seronok seronok. tapi, yang tak seronok sebab makan je. tak tolong masak. ishishh. *bangun lambat. ade hati nak tolong. pooodah.
gambar nak kena mengiurkan. fuhh *hanya gambaran


pastu, Shahirah datang dan kami ke rumah Akmal. sebagai orang pertama yang tiba, dengan harapan nak membantu kononnya, tapi, segala persiapan untuk majlis makan telah disediakan dengan jayanya oleh Akmal, keluarga dan bibiknya. humm. lantas, aku duduk di atas kerusi. aku terus mencapai akhbar yang ada di sebelah ku dan kubelek belek mereka. yang tak tahan, Utusan tengok sekali lalu je, nampak kelibat Harakah, amik bace satu satu. Shahirah hanya mampu menggeleng kepala. kerana mengingatkan ini rumah orang, aku pun duduk la kat luar. *macam perlu ke cerita satu satu kat sini? duhh, abaikan abaikan.

ok, just nak cakap aku makan nasi sikit campur daging seketul, sambal belacan sikit dan juga kuning telur masin je. disudahi dengan sagupal dan puding. *baru tau sagupal namenye. selama ni mati mati ingat asam gumpal. rupenye, sagu gumpal. HAHA. 

pastu, pergi jalan jalan di bandar kerana menemani Shahirah ingin membeli sesuatu yang tak boleh dimentionkan di sini. balik rumah, kemudian, makan lagi sagupal yang dibekalkan Akmal. *actually, muke tak malu sebab mintak Akmal bungkuskan, then buat buat malu bile Akmal nak bungkus betol betol. kemudian ambik dengan rakusnya dan kantoi bahawa memang tak malu. ishh.

selepas sagupal, makan balik mee kari.
itulah rutin makanan yang masuk dalam perut ku. mesti penat sebab kena proses selalu. 

ape ape pun, haruslah diingat bahawa, makan makan jugak. orang yang tak bernasib baik jangan lupee ! kite makan best best, ntah ape yang diorang makan kat tempat yang kite pun tak tau macam mane. 

ok. nak makan lagi

macam sedap yummm