Showing posts with label Ilmu ilmuan. Show all posts
Showing posts with label Ilmu ilmuan. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

Layakkah aku menjadi bidadari syurga ?


Thanks god, finally i found this book.

Serious lame gile dah aku cari buku ni as kat dalam paper dulu ade cakap yang kite duk dengar lagu Isabella, tapi tau ke ape cite di sebalik lagu tu.
and akhir nya aku jumpa dan akhirnya aku habis bace. 
wehheeeee :D


Review ; 
Novel menarik yang mengisahkan tentang seorang gadis kristian bernama Isabella, seorang anak perempuan kepada seorang ketua paderi terkenal di Cordova, bandar indah yang penuh sejarah di Sepanyol.  Isabella mempelajari dan mendalami dengan penuh teliti tentang agamanya, Kristian. Sentiasa mencuba untuk mencari kebenaran dalam agama tersebut dan berusaha menghayati prinsip-prinsip agama yang dianuti oleh keluarganya itu. Hinggalah datangnya sebuah cahaya kebenaran di mana satu keraguan menyusupi hidupnya tentang kejanggalan agama Kristian yang dianutinya.

Isabella adalah sebuah lagenda yang menjadi isi sejarah perbandingan Islam dan Kristian yang panjang. Kegigihannya dalam mencari keyakinan telah menjadi inspirasi  jutaan wanita seluruh dunia.

She sacrifices everything for Islam .
dan akuu ?

note-to-self ; 
aku tak baik, tapi aku cuba cari perkara baik. aku cube menjadi seorang yang baik. 
aku harap ditingkatkan iman dan mati di dalam Islam .

dan siapa siapa yang nak pinjam dialukan :)

Tuesday, November 23, 2010

NOVEL. BELANJA ME PLEASEE?


Nak bace novel. sape nak belanja me novel. oh?
Padah pergi ke Pustaka Seri Intan II di hadapan bank di bandar Kuala Terengganu semalam. Cuba memujuk ibu untuk belanja beli, tapi ibu berkata guna duit sendiri. ishish. Padah menjadi seorang yang kedekut jadi tidak beli. Tunggu orang belanje atau lebih manis dipanggil, tunggu orang bagi hadiah untuk birthday tahun tahun lepas.




These two are seriously damn best. *Dua itu adalah betul betul sedap.
I bought 3 of Cecelia Ahern novels and never disappoint me :) 

Ok, so now. Belanja me pleaseee?
Perasan tak gambar kasi besar sebab nak suruh orang yang rase nak belanja tak salah beli novel. he he he :))

Friday, October 29, 2010

26 - nombor keramat bencana alam



Sedang duk belek belek Berita Harian hari ini, tarikh 29 Oktober 2010, saya sangat tertarik dengan satu fakta nih.

26 nombor keramat bencana alam

26 Ogos 1883       : Krakatau meletus (36,000 maut)
26 Julai 1976        : Gempa di China (255,000 maut)
26 Januari 1951    : Gempa di Portugal (30,000 maut)
26 Disember 1932 : Gempa di Gansu, China (70,000 maut)
26 Disember 1939 : Gempa di Turki (41,000 maut)
26 Disember 1996 : Badai di Sabah (1,000 maut)
26 Disember 2003 : Gempa di Bam, Iran (60,000 maut)
26 Disember 2004 : Gempa dan Tsunami di Acheh (250,000 maut)
26 Mei 2006         : Gempa di Tasikmalaya (20 maut)
26 Oktober 2010  : Gempa dan Tsunami Mentawai (Beratus-ratus maut, hilang)


Kebetulan pulak 26 Mac 1990, tarikh keramat untuk saya. Dilahirkan di bumi Allah ini :')

Semoga semua umat Islam dicucuri rahmat-Nya yang Esa

Bagaikan exam dan spot :')


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 
First time bagi salam secara proper di dalam penulisan blog. ngehh. Sebelum ni duk sibuk Hai, Hello, Sawadikap (ok, sawadikap takde pun sebenarnye) macam lah dia tu duk negara orang yang cakap Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Haaa. mati kau aku kutuk. cisss.

Entry ini diwujudkan kerana nampak nya saya sangat lah free untuk menulis menaip pada masa ini. Sebenarnya nak taip surat untuk keluar hostel. Semester depan da nak duduk rumah sewa. Kena booking awal awal takut nanti rumah sewa akan tiada. Dimana kan ku tinggal? Merempat di pondok pak guard lah kau. Haaa. *Selalu terpesong dari tajuk asal. Okay, okay, straight to the point. 

Humph, sekarang ni duk sibuk pasal exam. Duhh, nak habis semester je mula la duk pikir pasal nak exam. Mula la bukak buku. Habis sume buku pun bukak. Habis sume kertas pun fotostat. Habis warna highlighter beli. Kotak pensel tetiba je penuh dalam masa yang singkat. Mula perasan macam sorang best student bile nota nota mula bertanda dan berwarna. Dan pada waktu inilah mula contact lecterur dan rakan rakan dari institut lain. Masa nilah mula ingat kawan lama yang amik course sama. Masa inilah mula menerima pelbagai jenis spot toto

Dan aku sebagai insan biasa yang penuh dengan cacat cela, pernah geram sangat sebab mase SPM dulu orang duk sibuk bagi spot, aku geram aku buat spot sendiri dan bagitau kawan kawan ada spot baru. Haaaa, amik kau buat pening aku lagi nak bace yang mane. tapi, syukur Alhamdulillah, hal aku mereka spot itu tidak dipercayai kerana aku memberitahu mereka awal awal bahawa aku hanya menipu. kehkeh. nasib baik tak kena ketuk. 

Humph, time exam pulak selalu rase cuak bile duduk dalam dewan, tapi, kawan yang lain kelas atau unit yang duk kat sebelah. Macam stress sebab kalau takleh jawab, tak berpeluang la nak tanye tanye sikit. Bukan nak meniru. tapi, nak kan kepastian. Pastu, satu lagi jenis kecuakan apabila ade pengawas peperiksaan yang main lalu lalu kat tepi, pastu berenti. Mula la buat buat padam jawapan. Pastu pura pura tengok soalan lain. Taktau kenapa rase tak suka la ditonton begitu. Terasa seperti dipersenda. Cehhh, konon.

Nie spesies yang pura pura tidur, padahal nak meniru.

Bestnye kalau exam gini. Boleh meniru dengan senang :')

Dan sebagai seorang gadis pelajar sekolah, saye pernah berpeluang meniru ataupun lebih dikenali sebagai cheating in exam. Astaghfirullah. Teruk perangai nye mase ni. Kejadian ini berlaku pada form 4. Pernah bawak handset masuk kelas, dan tanye soalan objektif kat kawan melalui handset. Kawan tu kelas sebelah. Macam mengancam kan? Pastu lagi, pernah buat macam gambar di bawah 

Sekarang tidak lagi :') Tak baik buat macam ni.
Saya buat sekadar mencuba dan menimba pengalaman untuk diceritakan kepada anak cucu.
*cakap macam korang yang baca ni anak cucu aku pulak. aku bukan mak dan nenek kau lah ! 
Ok, sekadar mahu ingin bercerita mengenai exam, spot dan tiru meniru.
Alangkah baik nye kalau saye mendapat spot dan dapat diceritakan di sini. Unfortunately, idk. Humph, tapi, korang perasan tak time last last exam tu kite sume macam bijak je. Bile da abis exam, macam sume ilmu tak masuk kepala. Anda mungkin tidak, tapi, saye mungkin ya. Ish ish ish. Tak baik seorang sabariah. Berilmu dan beramal sepatutnya.

*Pernah tak rase nak marah bile tengok signboard cakap "JANGAN BISING, PEPERIKSAAN SEDANG BERJALAN". Saye selalu nak marah sebab tak nampak pun peperiksaan tu berjalan jalan. Cakap la peperiksaan sedang dijalankan. Baru rase macam guna tatabahasa yang betul je.

Sekadar mencuri dari dalam Google Image woh :')
Juga mencuri. Cisss, tadi buat pengakuan meniru, ni mencuri pulak.
Gila punye orang jujur :P