Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts

Friday, October 29, 2010

26 - nombor keramat bencana alam



Sedang duk belek belek Berita Harian hari ini, tarikh 29 Oktober 2010, saya sangat tertarik dengan satu fakta nih.

26 nombor keramat bencana alam

26 Ogos 1883       : Krakatau meletus (36,000 maut)
26 Julai 1976        : Gempa di China (255,000 maut)
26 Januari 1951    : Gempa di Portugal (30,000 maut)
26 Disember 1932 : Gempa di Gansu, China (70,000 maut)
26 Disember 1939 : Gempa di Turki (41,000 maut)
26 Disember 1996 : Badai di Sabah (1,000 maut)
26 Disember 2003 : Gempa di Bam, Iran (60,000 maut)
26 Disember 2004 : Gempa dan Tsunami di Acheh (250,000 maut)
26 Mei 2006         : Gempa di Tasikmalaya (20 maut)
26 Oktober 2010  : Gempa dan Tsunami Mentawai (Beratus-ratus maut, hilang)


Kebetulan pulak 26 Mac 1990, tarikh keramat untuk saya. Dilahirkan di bumi Allah ini :')

Semoga semua umat Islam dicucuri rahmat-Nya yang Esa

Bagaikan exam dan spot :')


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 
First time bagi salam secara proper di dalam penulisan blog. ngehh. Sebelum ni duk sibuk Hai, Hello, Sawadikap (ok, sawadikap takde pun sebenarnye) macam lah dia tu duk negara orang yang cakap Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Haaa. mati kau aku kutuk. cisss.

Entry ini diwujudkan kerana nampak nya saya sangat lah free untuk menulis menaip pada masa ini. Sebenarnya nak taip surat untuk keluar hostel. Semester depan da nak duduk rumah sewa. Kena booking awal awal takut nanti rumah sewa akan tiada. Dimana kan ku tinggal? Merempat di pondok pak guard lah kau. Haaa. *Selalu terpesong dari tajuk asal. Okay, okay, straight to the point. 

Humph, sekarang ni duk sibuk pasal exam. Duhh, nak habis semester je mula la duk pikir pasal nak exam. Mula la bukak buku. Habis sume buku pun bukak. Habis sume kertas pun fotostat. Habis warna highlighter beli. Kotak pensel tetiba je penuh dalam masa yang singkat. Mula perasan macam sorang best student bile nota nota mula bertanda dan berwarna. Dan pada waktu inilah mula contact lecterur dan rakan rakan dari institut lain. Masa nilah mula ingat kawan lama yang amik course sama. Masa inilah mula menerima pelbagai jenis spot toto

Dan aku sebagai insan biasa yang penuh dengan cacat cela, pernah geram sangat sebab mase SPM dulu orang duk sibuk bagi spot, aku geram aku buat spot sendiri dan bagitau kawan kawan ada spot baru. Haaaa, amik kau buat pening aku lagi nak bace yang mane. tapi, syukur Alhamdulillah, hal aku mereka spot itu tidak dipercayai kerana aku memberitahu mereka awal awal bahawa aku hanya menipu. kehkeh. nasib baik tak kena ketuk. 

Humph, time exam pulak selalu rase cuak bile duduk dalam dewan, tapi, kawan yang lain kelas atau unit yang duk kat sebelah. Macam stress sebab kalau takleh jawab, tak berpeluang la nak tanye tanye sikit. Bukan nak meniru. tapi, nak kan kepastian. Pastu, satu lagi jenis kecuakan apabila ade pengawas peperiksaan yang main lalu lalu kat tepi, pastu berenti. Mula la buat buat padam jawapan. Pastu pura pura tengok soalan lain. Taktau kenapa rase tak suka la ditonton begitu. Terasa seperti dipersenda. Cehhh, konon.

Nie spesies yang pura pura tidur, padahal nak meniru.

Bestnye kalau exam gini. Boleh meniru dengan senang :')

Dan sebagai seorang gadis pelajar sekolah, saye pernah berpeluang meniru ataupun lebih dikenali sebagai cheating in exam. Astaghfirullah. Teruk perangai nye mase ni. Kejadian ini berlaku pada form 4. Pernah bawak handset masuk kelas, dan tanye soalan objektif kat kawan melalui handset. Kawan tu kelas sebelah. Macam mengancam kan? Pastu lagi, pernah buat macam gambar di bawah 

Sekarang tidak lagi :') Tak baik buat macam ni.
Saya buat sekadar mencuba dan menimba pengalaman untuk diceritakan kepada anak cucu.
*cakap macam korang yang baca ni anak cucu aku pulak. aku bukan mak dan nenek kau lah ! 
Ok, sekadar mahu ingin bercerita mengenai exam, spot dan tiru meniru.
Alangkah baik nye kalau saye mendapat spot dan dapat diceritakan di sini. Unfortunately, idk. Humph, tapi, korang perasan tak time last last exam tu kite sume macam bijak je. Bile da abis exam, macam sume ilmu tak masuk kepala. Anda mungkin tidak, tapi, saye mungkin ya. Ish ish ish. Tak baik seorang sabariah. Berilmu dan beramal sepatutnya.

*Pernah tak rase nak marah bile tengok signboard cakap "JANGAN BISING, PEPERIKSAAN SEDANG BERJALAN". Saye selalu nak marah sebab tak nampak pun peperiksaan tu berjalan jalan. Cakap la peperiksaan sedang dijalankan. Baru rase macam guna tatabahasa yang betul je.

Sekadar mencuri dari dalam Google Image woh :')
Juga mencuri. Cisss, tadi buat pengakuan meniru, ni mencuri pulak.
Gila punye orang jujur :P


Friday, October 22, 2010

HAL HAL KEGEMUKAN :)


Gemuk. Bile kuar entry pasal gemuk ni. mesti ade yang takut kan. yelahh, ade yang cakap gemuk ni tak lawa. gemuk ni mencacatkan pandangan. eh hellooo, gemuk la best ok ! ramai kawan saye yang nak jadi gemok. tapi, gemok secara sihat la. klu tak pasal pasal nak gemuk debab tu tak senonoh la kan? hehhe

ok. so far that i know.
Kegemukan adalah dimana berat kita melebihi 20peratus daripada ideal. Dan kegemukan individu ini boleh dikategorikan kepada 3 kategori. ok, note ok. 3 kategori !

First and foreost ; GEMUK ANGIN
Gemuk angin berlaku apabila perut terasa sebu dan susah untuk mengeluarkan angin. Individu yang gemuk angin ni, biasanya selalu sakit kepala. jadi, kepada yang selalu sakit kepala tu, anda memang gemuk angin. pergi kentut cepat cepat. ok. tak senonoh
Second ; GEMUK DAGING
Gemuk daging akan membuatkan badan berasa berat dan pejal. Proses penurunan agak lambat berbanding gemuk gemuk yang jenis lain kerana lemak dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging. Oleh itu, penurunan berat secara perpeluhan adalah digalakkan. contohnya adalah dengan bersenam lah. ape lagi kan? yeay !

Third ; GEMUK AIR
Gemuk air merupakan masalah yang dialami oleh penulis sendiri. *eleh, cakap nak macam dalam majalah. mengade je bunyik. Ok, kite teruskan bacaan. Gemuk air ini berlaku apabila badan menggeleber dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan dalam badan. Badan juga terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Oleh itu, rehat dan tidur yang lebih adalah sangat diperlukan oleh manusia spesies ini :) *cakap je la kau malas sebenarnyee
enjoy this clip.  I want a Fat babeeee



Namun begitu, haruslah anda fahami, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan nya masing masing. Kurus keding ke, gemuk gedempol ke, kite tetap hamba-Nya.