sayang nak makan da hias lawa lawa ni. humm
tahukah anda bahawa makanan adalah sangat penting untuk hidup. sape yang cakap hari ni dia tak makan lagi? hurm, kalau kat negara lain mungkin ada yang belum makan. tapi, kalau kat Malaysia ni, jarang orang tak dapat makan. melainkan orang orang yang terpilih. iaitu mereka yang tidak bernasib baik.
tapi, I believe that they are still trying their best to survive for their live. sedangkan burung pun tau buat sarang. *ape kena mengena ngan burung? actually, kalau burung pandai buat sarang, i believe that they also know how to cari makanan untuk hidup. sebab, untuk bina habitat, haruslah memiliki tenaga yang kuat ! yeah :D
ok. macam saye ni, saye dari pagi tadi lagi marathon makan. walaupun nampak macam saye makan sikit. tapi, saye makan sikit dengan kerap. mulut ni mesti nak mengunyah. lebih lebih lagi bile ade kat umah. kerja makan je la. hehhe. *even it just a ikan singgang and sambal belacan buatan sendiri. yumm yummy.
pagi tadi dah disajikan dengan nasi putih, ikan singgang, budu, ulam jantung pisang, pucuk jambu golok, ikan bakar, kacang botol dan lain lain lagi. *in short dll. (zaman kecik kecik taktau pun dll tu dan lain lain lagi, nasib baik tau sendiri tanpa tanye orang lain. hehhe. learn by tengok-ing.
tengah hari sementara tunggu Shahirah datang amik nak bawak pergi umah Akmal, makan mee kari *spageti sebenarnya. sebab semalam tengah kat kedae makan duk tanye mak,
"mak, sempena orang tak balik selama dua minggu ni, tak de ke nak masak best best untuk orang?"
cehh, mengade kan? pastu, pagi tadi, tup tup, mak masak mee kari. seronok seronok. tapi, yang tak seronok sebab makan je. tak tolong masak. ishishh. *bangun lambat. ade hati nak tolong. pooodah.
gambar nak kena mengiurkan. fuhh *hanya gambaran
pastu, Shahirah datang dan kami ke rumah Akmal. sebagai orang pertama yang tiba, dengan harapan nak membantu kononnya, tapi, segala persiapan untuk majlis makan telah disediakan dengan jayanya oleh Akmal, keluarga dan bibiknya. humm. lantas, aku duduk di atas kerusi. aku terus mencapai akhbar yang ada di sebelah ku dan kubelek belek mereka. yang tak tahan, Utusan tengok sekali lalu je, nampak kelibat Harakah, amik bace satu satu. Shahirah hanya mampu menggeleng kepala. kerana mengingatkan ini rumah orang, aku pun duduk la kat luar. *macam perlu ke cerita satu satu kat sini? duhh, abaikan abaikan.
ok, just nak cakap aku makan nasi sikit campur daging seketul, sambal belacan sikit dan juga kuning telur masin je. disudahi dengan sagupal dan puding. *baru tau sagupal namenye. selama ni mati mati ingat asam gumpal. rupenye, sagu gumpal. HAHA.
pastu, pergi jalan jalan di bandar kerana menemani Shahirah ingin membeli sesuatu yang tak boleh dimentionkan di sini. balik rumah, kemudian, makan lagi sagupal yang dibekalkan Akmal. *actually, muke tak malu sebab mintak Akmal bungkuskan, then buat buat malu bile Akmal nak bungkus betol betol. kemudian ambik dengan rakusnya dan kantoi bahawa memang tak malu. ishh.
selepas sagupal, makan balik mee kari.
itulah rutin makanan yang masuk dalam perut ku. mesti penat sebab kena proses selalu.
ape ape pun, haruslah diingat bahawa, makan makan jugak. orang yang tak bernasib baik jangan lupee ! kite makan best best, ntah ape yang diorang makan kat tempat yang kite pun tak tau macam mane.
ok. nak makan lagi
macam sedap yummm