Sunday, October 24, 2010

Just having a supper.


urgh. ceritanya begini ataupun begini ceritanya.
Saya telah ditugaskan untuk membuat folder English Language Proficiency II oleh pensyarah saye iaitu Madam Zainab. *wah. time gini pandae pulak cakap bahasa rasmi negara. ciss.

Okay, teruskan. Oleh sebab saye terlalu sibuk memfolderkan folder saye itu, saye hampir hampir terlupa bahawa saye telah membekalkan diri saye dengan nasi yang dimasak oleh ibu dari rumah. Salah satu daripada bekal itu saye telah berikan kepada orang lain. yang tak lain tak bukan merupakan seorang pemain games yang berjaya. Oleh sebab dia terlalu sibuk dan penat bermain games, banyak tenaga yang telah dicurahkan oleh beliau untuk memerah otak dalam memikirkan strategi bagi menghancurkan kampung kampung orang lain dan juga mempertahankan kampung puak nye.

Setelah penat membuat folder yang agak cantik itu, saya terus mengemas kawasan tempat tidur saya. Bukan bertujuan untuk tidur, namun, saye suka sangat melakukan aktiviti aktiviti kerja rumah, revision dan sebagainya di tempat tidur. Bukan ape, senang kalau da mengantuk. letak buku kat tepi katil dan anda terus sampai ke alam mimpi. wahh, bahagiaaaa :D

Nampaknye saye telah tersasar jauh dengan info sebenar saye. Sebenarnya, saye nak cakap pasal saye makan nasik tengah malam je. tak pernah pernah aku buat tibe tibe aku bley buat gini. Jadi ny, kire macam bley masuk book of records jugak la. 

Tetibe dapat kan? Terharuu :')

Hurm, fyi, tadi saye makan lauk yang best. tapi memikirkan bahawa sudah lewat malam, saye tak mampu menghabiskannya. Lantas, lebihan nasi itu ku penyek penyek dan kuberikan kepada kucing miaw miaw yang ada berkeliaran dikawasan ini.

Makanan tengah malam 

Same je ngan makanan tengah hari -.-*


Oleh itu, saye sangat sangat menyarankan agar jangan lah ramai budak yang ikut perangai saye ni. Perangai ini agak tidak sopan. Bukan ape, makan nasik tengah malam tak brape elok. buat ape makan tengah tengah malam, makan la tengah tengah siang, tengah tengah jalan ke. Haaaa. baru okay. 

Sengaja menceceh di sini sementara menunggu nasi sampai ke perut untuk penghadaman yang baik :)
*Juga, jangan minum air selepas makan kerana dikhuatiri akan meyebabkan kebuncitan. Saye selalu membuat eksperimen ini iaitu minum selepas makan dan tidak buncit sangat hasilnya saya ini saya rase. Anda pula bagaimana?


Lots of eat :DD



No comments:

Post a Comment