Assalamualaikum dan salam sejahtera .
First time bagi salam secara proper di dalam penulisan blog. ngehh. Sebelum ni duk sibuk Hai, Hello, Sawadikap (ok, sawadikap takde pun sebenarnye) macam lah dia tu duk negara orang yang cakap Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Haaa. mati kau aku kutuk. cisss.
Entry ini diwujudkan kerana nampak nya saya sangat lah free untuk menulis menaip pada masa ini. Sebenarnya nak taip surat untuk keluar hostel. Semester depan da nak duduk rumah sewa. Kena booking awal awal takut nanti rumah sewa akan tiada. Dimana kan ku tinggal? Merempat di pondok pak guard lah kau. Haaa. *Selalu terpesong dari tajuk asal. Okay, okay, straight to the point.
Humph, sekarang ni duk sibuk pasal exam. Duhh, nak habis semester je mula la duk pikir pasal nak exam. Mula la bukak buku. Habis sume buku pun bukak. Habis sume kertas pun fotostat. Habis warna highlighter beli. Kotak pensel tetiba je penuh dalam masa yang singkat. Mula perasan macam sorang best student bile nota nota mula bertanda dan berwarna. Dan pada waktu inilah mula contact lecterur dan rakan rakan dari institut lain. Masa nilah mula ingat kawan lama yang amik course sama. Masa inilah mula menerima pelbagai jenis spot toto.
Dan aku sebagai insan biasa yang penuh dengan cacat cela, pernah geram sangat sebab mase SPM dulu orang duk sibuk bagi spot, aku geram aku buat spot sendiri dan bagitau kawan kawan ada spot baru. Haaaa, amik kau buat pening aku lagi nak bace yang mane. tapi, syukur Alhamdulillah, hal aku mereka spot itu tidak dipercayai kerana aku memberitahu mereka awal awal bahawa aku hanya menipu. kehkeh. nasib baik tak kena ketuk.
Humph, time exam pulak selalu rase cuak bile duduk dalam dewan, tapi, kawan yang lain kelas atau unit yang duk kat sebelah. Macam stress sebab kalau takleh jawab, tak berpeluang la nak tanye tanye sikit. Bukan nak meniru. tapi, nak kan kepastian. Pastu, satu lagi jenis kecuakan apabila ade pengawas peperiksaan yang main lalu lalu kat tepi, pastu berenti. Mula la buat buat padam jawapan. Pastu pura pura tengok soalan lain. Taktau kenapa rase tak suka la ditonton begitu. Terasa seperti dipersenda. Cehhh, konon.
Nie spesies yang pura pura tidur, padahal nak meniru. |
Bestnye kalau exam gini. Boleh meniru dengan senang :') |
Dan sebagai seorang gadis pelajar sekolah, saye pernah berpeluang meniru ataupun lebih dikenali sebagai cheating in exam. Astaghfirullah. Teruk perangai nye mase ni. Kejadian ini berlaku pada form 4. Pernah bawak handset masuk kelas, dan tanye soalan objektif kat kawan melalui handset. Kawan tu kelas sebelah. Macam mengancam kan? Pastu lagi, pernah buat macam gambar di bawah
Ok, sekadar mahu ingin bercerita mengenai exam, spot dan tiru meniru.
Alangkah baik nye kalau saye mendapat spot dan dapat diceritakan di sini. Unfortunately, idk. Humph, tapi, korang perasan tak time last last exam tu kite sume macam bijak je. Bile da abis exam, macam sume ilmu tak masuk kepala. Anda mungkin tidak, tapi, saye mungkin ya. Ish ish ish. Tak baik seorang sabariah. Berilmu dan beramal sepatutnya.
*Pernah tak rase nak marah bile tengok signboard cakap "JANGAN BISING, PEPERIKSAAN SEDANG BERJALAN". Saye selalu nak marah sebab tak nampak pun peperiksaan tu berjalan jalan. Cakap la peperiksaan sedang dijalankan. Baru rase macam guna tatabahasa yang betul je.
sukati korang nk bising peperiksaan sedang dijalankn...menarik2...haahhaah
ReplyDeletehaha. memang dos menarik
ReplyDeletepart cheating in exam paling pro, ba op?
ReplyDeleteyupp. pernah xtau nak jawab exam arab camne, snggup mengorbankan tudung besar ku itu untuk diconteng dengan esey. bley bayang tak esey mah? esey arab muat kat jilbad wohh :DD
ReplyDeletesangat pro sayangg ;)